Jatuh Cinta

SEORANG lelaki tertarik dengan kejelitaan seorang gadis yang duduk di sebelahnya dalam sebuah bas. Tidak tahan dengan perasaannya, lelaki itu tiba-tiba memegang tangan gadis berkenaan, menyebabkan dia menjerit. Gadis itu segera menekan loceng dan turun dari bas.

"Nampaknya awak sangat suka kepada gadis tadi," kata pemandu bas itu tidak lama kemudian.

"Memang. Saya sudah jatuh cinta kepadanya," jawab lelaki itu. "Awak nak pegang tangan dia?" "Tentu!" "Begini. Malam esok dia akan duduk sendirian di sebuah taman. Keadaan memang gelap, tetapi awak pergilah ke sana dengan berpura-pura sebagai nenek mencari cucunya. Mengadu kepada gadis itu dan mintalah apa saja, pasti dia tidak membantah." Malam esoknya, lelaki angau itu pun pergi dan melakukan seperti pesan pemandu bas berkenaan. Dia mendekati seorang gadis yang duduk dalam gelap. Selepas puas hati kerana dapat memegang tangan gadis itu, lelaki berkenaan pun ketawa besar. "Ha..ha..ha.. Aku sebenarnya lelaki yang cuba memegang tangan kau dalam bas semalam," katanya bangga. "Ha..ha..ha.. Aku pulak sebenarnya pemandu bas yang kau naik semalam!" jawab 'gadis' itu.
 

Pelawat