Teh

Pada suatu hari.. seorang lelaki pergi kesebuah restoran untuk minum petang...
Disebabkan wang yang dibawanya cuma 70 sen saja... dia cuba bertanya harga segelas teh panas
dan teh sejuk... lalu pelayan restoran menjawab..

"Teh Panas 70 Sen & Teh Sejuk RM 1.20"

Lelaki itu terus meminta teh panas dan apabila pelayan menghantar segelas teh panas mendidih itu
lelaki itu tanpa teragak-agak terus meneguk teh panas itu sampai habis dengan lajunya....

Pelayan itu melihat dengan penuh kehairanan.. kerana teh panas mendidih itu boleh habis dalam
sekelip mata sahaja...

Lalu lelaki itu memberi wang 70 sen dan berkata
"Kalau lambat diminum... air ini jadi sejuk... kalau sejuk tak pasal2 saya kena bayar RM 1.20..
lebih baik cepat-cepat diminum kerana wangku hanya ada 70 sen saja"
 

Pelawat