Dua Sahabat Gila

Ada 2 orang sahabat.Mereka ini sangat akrab.Seorang bernama Hanif dan seorang lagi bernama Tony.Mereka penghuni setia rumah orang2 gila.

Pada suatu hari mereka dibenarkan bermain di kolan renang yang terdapat di rumah tumpangan tersebut.Tapi mereka berdua tidak pandai berenang.Si Hanif berehat2 di bawah khemah manakala Si tony tak habis2 lari mengelilingi kolan renang tersebut.

Tiba2 mungkin kerana keghairahan Si Tony ini terus melompat ke dalam kolam tu....apalagi terkapai2 la dia mintak tolong. Sahabat yang setia si Hanif dgn pantas cuba menyelamatkan Tony.Fuh,nasib baik x lemas.Memandangkan si Tony tu dah kesejukan dan basah kuyup,Si Hanif dengan pantas trus membalut kawannya dgn sehelai tuala dan terus membawanya ke bilik mereka.

Keesokkan harinya Si Hanif telah dikerah menemui orang atasan.Kira pegawai ler tu.Apabila melihat wajah si Hanif,beliau mula berkata,"saya ada 2 berita yg perlu beritahu awak.Yang pertama ialah berita baik,awak dibebaskan kerana awak telah dapat membezakan antara kecemasan atau tidak.Tindakan awak menyelamatkan si Tony bermakna awak ini mempunyai pemikiran yang waras.Namun saya juga ada berita buruk untuk awak,teman baik awak si Tony telah membunuh diri pagi tadi.Pagi tadi saya diberitahu yang dia dijumpai didalam biliknya dengan leher tergantung.Dengan muka selamba Hanif pun menjawab,"Tidak tuan,dia bukan membunuh diri tapi saya yang gantung dia supaya cepat kering".
 

Pelawat